Sunday, January 15, 2012

Pengalaman Bersalin Kali Pertama ep 2

Posted by Husna Zainal at 8:48 AM
ini sambungan dari  episod pertama . Fuh lame betul amik masa nak continue segala drama ni.

after kol SIL tu, tanye pendapat husband & mak. Nak buat camana kan.sebab ni kan 1st time so nervous sampai tatau nak cakap camana..Husband mmg dah nekad nak bawak g hospital.Mesti dia pun risau same.Risaukan keadaan isteri dia ni dan jugak baby dalam kandungan. So Mak pun kata g je hospital tu.

Ok..nekad jugak ke PPUKM malam tu.

20 october 2011, 10:00pm: gerak ke PPUKM. mak pesan minum air selusuh tu sampai habis. Baca ayat "Lailahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzalimin" Mohon ampun ngan mak & abah.Mintak halalkan makan minum selama umur aku ni.

Sempat lagi singgah makan kat Batang Kali.Kedai faveret aku & husband. Aku makan Kueyteow Goreng ngan Neslo suam. Konon nak mengumpul tenaga. InsyaAllah.

12:00pm : Sampai kat emergency PPUKM. Masa ni air selusuh dah minum separuh..Time ni baru rasa perut sakit2..pinggang pun sakit mencucuk2 tapi tahap minimal.boleh tahan lagi.
Pas kena interview ngan Nurse kat kaunter,dia suruh masuk bilik check up. Nak buat VE katanya..kalau bukaan dah 2cm, dia kata kena admit.
Dengan nervous nye..Dtg sorg Doktor Cina.tak ingat langsung nama dia.sb dlam kepala ngah pikir macam2.huhu So dia buat VE...Alhamdulillah ngan doktor ni tak rasa sakit langsung masa VE. Dia ajar dulu cara nak bernafas macamana. then dia kata bukaan dah 2cm. So kena masuk wad la.  Dia kata tunggu lagi 4jam.kalau bukaan dah 4cm, dia akan pecahkan ketuban then baru masuk stage 1.

1:00pm : dah masuk wad.Dapat katil sebelah sorang pempuan cina. MasyaAllah dia punye berdengkur..Kuat gila sampai dengar satu wad.lg2 yg duk katil seblah ni.
Masa ni sakit lebih kurang sama ngan td...aku baca yasin sementara nak menunggu pukul 4..nak tido takleh sb kepala ngan memikirkan macam2 time tu ngan gangguan cina katil seblah ni..adoi..

4:00am : Doktor datang.aku sempat terlelap rupanya..Dia bawak kat satu bilik.sebab nak check dah bukak berapa..
Time ni doktor pempuan yang check..sweet je muka dia. Alhamdulillah jugak time ni dia buat VE tak rasa sakit sangat. Then dia kata bukaan baru 3cm. Dia suh aku sambung tido balik.Kena tunggu lagi 4jam.Dia kata dalam kul8 dia datang..

Aku pun sambung tido balik..sakit masih minimal.

8:00 am : Doktor tadi datang balik, Pegi semula kat bilik td..Check VE lagi. akhirnya bukaan dah 4cm..and terus dia kol bilik Stage 1 nak tgk samada ade katil kosong atau tak..Ok.alhamdulillah ade katil kosong.  So dia pun kata nak pecahkan ketuban baru bawak turun kat stage1 tu.
And ready nak pecahkan ketuban.punye la nervous sebab benda alah nak cucuk bagi pecah tu panjang yang amat. Tp....... tak rasa ape pun sebenarnya. tau2 ketuban tu dah pecah. Air ketuban tu mengalir cam paip..pastu dia suh duk atas wheelchair..menitik2 la air tu dalam wad tu..bila aku tanye nurse tu " takpe ke air mengalir camni?" nurse kata " jgn risau, perkara biasa ni"

dan terus heading ke stage 1 tu..masih tak rasa sakit sangat.perut memulas macam kena cirit birit je..masih boleh handle lagi.
Sampai2 tu nurse masukkan ubat kat dalam dubur, nak buang segala kotoran dalam perut..Masuk je ubat, tak sampai seminit dah rasa nak membuang..

*to be continue

2 comments:

Dulu Gadis, Kini Mama said...

oh,tidak!!
bersambung lagi!hehe
lala bersalin 23 oktober 2011, dekat ja lah dgn husna punyer baby? hehe

Husna Zainal said...

haha baby ni dengki tgk mama dia update blog..haha
dekat sangat tuh..ti leh celebrate bday same..kiki

Post a Comment

Our Baby

Lilypie First Birthday tickers
 

I Love Emerald Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea