Thursday, August 25, 2011

Our precious baby boy in 4d scanning..

Posted by Husna Zainal at 12:04 PM 2 comments

Tuesday, August 9, 2011

Keputihan Semasa Mengandung

Posted by Husna Zainal at 9:03 AM 1 comments
Assalamualaikum...

Entry kali ni nak share berkenaan KEPUTIHAN.
1. ape itu keputihan?
      KEPUTIHAN YG NORMAL ADALAH: faraj yang mengeluarkan lendir yang tidak berwarna & tidak 
      berbau. Ia berfungsi sebaga pelindung semula jadi dengan cara mengurangkan geseran dinding faraj semasa
      berjalan dan ketika saat melakukan hubungan seks..



KEPUTIHAN YANG TIDAK NORMAL: Keadaan ini berlaku apabila keputihan yang keluar terlalu
banyak dan berlaku perubahan pada warna, bau dan rasa gatal. Lendir menjadi kekuningan sehingga
kehijauan, rasa gatal, luka bibir faraj,terlalu kental dan berbau. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor.


semasa kandungan aku mencecah 28 minggu. aku mengalami keputihan yang teruk. bermula dengan keputihan yang cair..aku tak berapa endahkan sangat sebab keputihan tu tak mengganggu kehidupan aku. Tp semakin lama semakin teruk. vagina aku mula gatal dan aku mengalami masalah kencing yang sakit sangat.. keadaan semasa tidur amatlah tak selesa. kemudian aku tanya pendapat ibu2 yang berpengalaman. Mereka mengesyorkan aku ke klinik pakar untuk menjalani rawatan..

ketika bertemu doktor aku berpuasa. Doktor tak dapat nak melakukan vagina check sebab takut batal puasa. So dia bagi satu jenis pill yang di masukkan ke dalam vagina.Insya Allah keputihan akan beransur kurang.

Pesanan  doktor

1. Jika keputihan tidak di rawat, mungkin akan mengakibatkan jangkitan kepada bayi. Kemungkinan bayi akan termakan keputihan itu.
2. Keputihan yang kronik akan menyebabkan bahagian dalam vagina membengkak, serta bertambah menyakitkan apabila hendak bersalin nanti.
3. Kurangkan minum minuman berais serta minuman berkafein.

Syukur,
setelah mengamalkan segala pesanan doktor, dan menggunakan ubat yg di beri. aku dah kembali selesa tanpa KEPUTIHAN.

Our Baby

Lilypie First Birthday tickers
 

I Love Emerald Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea