Friday, December 30, 2011

Kembali ber 'blogging'.

Posted by Husna Zainal at 9:04 AM 0 comments
Assalamualaikum .

Genap 2 bulan rupanya aku tak update blog ni. aku hanya mampu nak blogwalking je..sempat la merayap2 kat blog other mommies and also mommies to be..nama nya nak update blog ni mmg la tak sempat. Sume nye gara2 nak menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru dalam hidup aku satu keluarga..

InsyaAllah, selepas ni aku akan cuba merajinkan diri meng "update'' blog ni. sebab banyak benda rasanya nak share dengan semua. Segala suka duka sepanjang menjalani proses berpantang, selepas pantang and also hari2 yang mendatang..


mama ajar Riaz blogging yea...

Tuesday, November 1, 2011

Our Baby

Posted by Husna Zainal at 9:15 PM 1 comments

Setelah lama blog ni tak ber "update" , aku khabar kan berita gembira buat semua..
" Aku selamat melahirkan baby boy pada 20 October 2011, pada pukul 04:25 ptg seberat 3.44 kg. Aku melahirkan secara normal di PPUKM. Syukur Alhamdulillah"








Riaz Reyqarl B.Zul Amri
 Selamat Datang Sayang ke Dunia Ini. 
Terima Kasih kerana tak pernah menyusahkan mama sepanjang mengandung kan kamu.
Mama tak pernah alami "morning sickness" yg menyakitkan.
Mama tak pernah terhalang dari segi kesihatan untuk menunaikan ibadah.
Mama tak pernah terhalang untuk bacakan ayat-ayat suci buat kamu.
Mama sentiasa sihat.Makanan serta vitamin untuk kamu Alhamdulillah cukup.
Mama sentiasa sihat untuk jaga Wan kamu semasa Wan sakit.
Mama Jugak sihat untuk jaga makan minum dan keperluan babah.
Terima Kasih Sayang.
Mama doakan semoga Anak mama sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah..







Thursday, August 25, 2011

Our precious baby boy in 4d scanning..

Posted by Husna Zainal at 12:04 PM 2 comments

Tuesday, August 9, 2011

Keputihan Semasa Mengandung

Posted by Husna Zainal at 9:03 AM 1 comments
Assalamualaikum...

Entry kali ni nak share berkenaan KEPUTIHAN.
1. ape itu keputihan?
      KEPUTIHAN YG NORMAL ADALAH: faraj yang mengeluarkan lendir yang tidak berwarna & tidak 
      berbau. Ia berfungsi sebaga pelindung semula jadi dengan cara mengurangkan geseran dinding faraj semasa
      berjalan dan ketika saat melakukan hubungan seks..



KEPUTIHAN YANG TIDAK NORMAL: Keadaan ini berlaku apabila keputihan yang keluar terlalu
banyak dan berlaku perubahan pada warna, bau dan rasa gatal. Lendir menjadi kekuningan sehingga
kehijauan, rasa gatal, luka bibir faraj,terlalu kental dan berbau. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor.


semasa kandungan aku mencecah 28 minggu. aku mengalami keputihan yang teruk. bermula dengan keputihan yang cair..aku tak berapa endahkan sangat sebab keputihan tu tak mengganggu kehidupan aku. Tp semakin lama semakin teruk. vagina aku mula gatal dan aku mengalami masalah kencing yang sakit sangat.. keadaan semasa tidur amatlah tak selesa. kemudian aku tanya pendapat ibu2 yang berpengalaman. Mereka mengesyorkan aku ke klinik pakar untuk menjalani rawatan..

ketika bertemu doktor aku berpuasa. Doktor tak dapat nak melakukan vagina check sebab takut batal puasa. So dia bagi satu jenis pill yang di masukkan ke dalam vagina.Insya Allah keputihan akan beransur kurang.

Pesanan  doktor

1. Jika keputihan tidak di rawat, mungkin akan mengakibatkan jangkitan kepada bayi. Kemungkinan bayi akan termakan keputihan itu.
2. Keputihan yang kronik akan menyebabkan bahagian dalam vagina membengkak, serta bertambah menyakitkan apabila hendak bersalin nanti.
3. Kurangkan minum minuman berais serta minuman berkafein.

Syukur,
setelah mengamalkan segala pesanan doktor, dan menggunakan ubat yg di beri. aku dah kembali selesa tanpa KEPUTIHAN.

Wednesday, July 27, 2011

Bila kandungan mencecah 7 bulan.

Posted by Husna Zainal at 2:12 AM 0 comments
Syukur Alhamdulillah.. kandungan aku dah mencecah 7 bulan. Pejam celik pejam celik dah nak dekat waktu bersalin..Segala perasaan semua ada dalam ni..Excited tu sudah semestinya.Tp tak leh nak elak jugak perasaan takut bila nak menghadapi saat kesakitan semasa bersalin nanti. InsyaAllah aku berdoa agar semua nya berjalan lancar nanti..

Preparation.
- Alhamdulillah, segala persiapan untuk baby boy dah hampir lengkap. Aku n husband mmg saja je selesaikan segala kelengkapan untuk baby secepat mungkin sementara aku masih larat berjalan n bergerak ni. Kebanyakan barang2 yang kami beli, semua nya masa sale..dapat la kurang sikit harga & dapat jugak barang yang berkualiti. Kami banyak beli barang di One Utama..Sebab banyak pilihan yang ada kat sana..

- Di One Utama ade banyak sangat pilihan.
Pilihan utama aku Mothercare. Barang yang paling penting yang aku cari di Mothercare adalah PerinealCream.Syukur masa kat sini terus jumpa. Sebab puas cari kat branch Mothercare lain semua dah out of stok. So trus grab je.. Lama jugak berjalan2 dalam Mothercare ni..Husband berkenan dengan baby carrier Mothercare. Siap ade less 70%..Murah la jadinya. Husband mmg nak sangat beli baby carrier ni..senang kata nya nak bawak baby nanti. ok..kami pun beli la baby carrier tu..pastu ade la beli barang2 untuk baby macam stokin, baju2.

Then jalan2 kat baby fashion pulak. Ada Guess Kids, GAP kids, Gaagoo Kids, Oshkosh Bgosh n macam2 la lagi.. Masa tu Guess Kids Sale 60% to 70%..so borong la kat situ..cute gile sweater untuk baby boy...Geram..Tak Sbr nak tgk baby pakai..hehe

Husband sibuk tanya,
" sayang tak nak beli baju ke?" Bg aku, buat masa sekarang barang2 untuk baby lagi penting dr kehendak aku.So dr membazir kan..

to be continue..

Wednesday, July 20, 2011

Posted by Husna Zainal at 9:55 AM 0 comments
Assalamualaikum..Lama rasanya blog ni aku tak update. Macam2 perkara berlaku sejak akhir2 ini.

Monday, June 13, 2011

Perkembangan terbaru .

Posted by Husna Zainal at 8:02 PM 4 comments
Assalam..Lama dah tak update blog ni..Banyak masalah yang berlaku sejak beberapa minggu lepas.So kena selesaikan everything baru boleh rasa lega.. Syukur.

6 hb June 2011- ade appointment dengan klinik untuk check up. Alhamdulillah aku & kandungan sihat.Tp kena marah jugak dengan nurse sebab berat naik mendadak. Since last check up berat aku naik sampai 3.8kg..Mana tak nye..2minggu sebelum tu...hari2 aku makan wafer..tak makan tak leh..kemaruk je..g mana pun mesti cari wafer.hehe Kenapa Nurse nak kena marah lak kan.???? Sebab aku ade keturunan kencing manis..nurse takut kalau tetiba kena kencing manis pulak.Sape susah.? aku jugak kan..

Right after check up..husband ajak g scan.Dia yang excited nak scan. So..

ITS A BOY.!!!!!!!!!!!!

Friday, May 27, 2011

20 week pregnant

Posted by Husna Zainal at 1:12 AM 0 comments

Friday, May 20, 2011

19 weeks pregnant

Posted by Husna Zainal at 7:50 PM 1 comments


Wednesday, May 11, 2011

Pregnancy Photography

Posted by Husna Zainal at 2:10 AM 2 comments
Bila dah 8 bulan nanti nak amik gambar camni la...

Tuesday, May 10, 2011

Paceri Terung For Dinner

Posted by Husna Zainal at 8:31 PM 1 comments
Hey there,
Harini aku nak bercerita pasal makan pulak. sebab lame dah rasanya aku tak memasak. Masa mula2 kawen excited sangat nak tunjuk skill memasak kat husband. Maka rajin la aku google resipi2 ala kampung untuk di masak. Selalunya refer kat MYRESIPI.COM.

Setakat ni yang aku pernah masak kan untuk suami
1. Mi Bandung
2. Masak Lemak Cili Api Ayam/Daging
3. Daging Blackpepper
4. Sambal Ikan Bilis & Kentang
5. Sambal Tumis Sotong
6. Nasi Lemak
7. Ayam Masak Merah
8. Sayur Campur (Ni takyah google pun tak pe)
9. TomYam
10. Bubur Nasik Special.
11. Ikan Masak Kicap
Yang ni semua menu yang baru pertama kali masak. tak penah aku masak kan untuk sesapa.termasuk family aku..Bukan sebab masa aku bujang aku pemalas..tapi sebab mak aku tak suke orang redah territory dia.so aku lepak jek tgk tv masa mak aku masak.

Tapi bila dah start mengandung, aku dah kurang memasak untuk husband. Lagipun husband merungut berat badan dia naik sebab asyik makan jek.makan banyak plak tu..siap bertambah nasik.. Lagi pun kesihatan aku tak mengizinkan.Masa mula2 dulu kerap letih.mungkin perubahan hormon kot.

Tapi semalam, teringin sangat nak makan PACERI. tapi sebenarnya aku lebih suka makan paceri Nenas.Tapi mak aku cakap jgn makan nenas masa mengandung ni.cube elakkan. So aku pun masakla paceri terung. bermodalkan RM 5. Just nak beli santan & terung. Sebab bahan2 lain mmg dah ade dalam dapur.

Akhirnya...

" Sedapla sayang masak ni. Abang tambah nasik boleh.?"

yay! first time kot masak paceri terung ni..Buat masa ni masak untuk husband jek la dulu.Untuk Mentua @orang lain nanti dulu yea..biar aku prektis sebaik mungkin..hahahaha

Nak resipi???  





Monday, May 9, 2011

Check Up Kali Ke 3.

Posted by Husna Zainal at 8:02 PM 2 comments
Semalam buat check up kali ke 3 di Klinik Bidan Kg Kenanga Rawang. Appointment pukul 10. Tapi datang lambat.so kena la tunggu lama...padan muke..hihi. Nasib baik husband baik hati nak meneman pegi check up ni. Lau Tak bosan la nak menunggu hampir 2 jam.

Bila sampai giliran aku, sempat lagi berborak2 dengan nurse tu.tanya dia macam2.kesian kat dia sebab nak melayan soalan aku..takpe cik nurse, awak mmg baik hati..

aku sempat tanya dia pasal scan baby..
- Bila masa yang sesuai nak buat scan? nk kena tunggu kandungan berapa bulan.?
 Cik nurse jawab: seeloknye 5bulan dan ke atas..sebab kalau selalu scan tak elok untuk bayi. Lagipun scan   cume nak tgk kedudukan bayi n jantina nya.kalau awal2 tak nampak pun jantina nya.rugi je

 - Ape beza scan 3D ngan 4D.?
  Cik nurse jawab: Scan 3D tu yg biasa punye..yg hitam putih tu.. Tp yang 4D ni dia canggih sikit.siap leh nampak muka baby ikut muke sape.Dia akan nampak jelas macam wujud la..
Wah..!!!!excited nye.... So kena survey kat klinik mane yg ade buat scan 4D ni..tapi insyaAllah bila kandugan dah mencecah 6bulan baru nak g scan.

Aku tanya jugak makanan yg sesuai n tak bape sesuai diambil semasa mengandung
 - Kalau tak boleh minum susu, boleh tak kalu ganti dengan soya.?
   Cik nurse jawab: Boleh. Tp soya tak bagus untuk HB.Memandangkan aku ada masalah dengan HB, aku kena kurangkan minum soya.sebab soya kafein dia same tinggi dengan nescafe.Tak elok jugak untuk tulang.sebab kafein akan sedut sume kalsium dalam tulang. So, selalu2 la minum susu..kalau takleh minum susu..cari yang coklat ke..Anlene Boleh..takde masalah..

Tu je setakat ni soalan aku pada nurse tu..next check up boleh tanye lagi.kuikui

Keputusan check Up semalam turn out ok.

Berat: Naik 1.1 kg. ( Terlebih naik ni, sepatutnye 0.5 jek)
HB: Improve.
BP: Stabil
Keadaan Baby: Masa Nurse tu check, Dia kata baby aku besar..Pastu dia kata sangat agresif.Sebab masa dia nak dengar jantung tu. baby gerak2 macam taknak nurse tu dgr dia punye denyutan jantung. Patut la sekarang ni aku asyik kejang2 perut jek..rupanya si kecil ni dah pandai bergerak2...ti kalau da pandai tendang2..tatau la camana...

Alhamdulillah semua ok..Lepas ni kena rajin amik vitamin..sebab sebelum ni asyik skip jek.kuikui..

Tunggu next check up 06.06.2011



Thursday, May 5, 2011

Scan Baby. Perlu Ke?

Posted by Husna Zainal at 8:18 AM 1 comments
" Dah scan?" "Dah tau baby boy ke baby girl?" Orang sekeliling selalu sangat bertanya pada aku soalan ni.

Penting Ke??
 Sebagai ibu baru, aku banyak bertanya soalan kepada orang sekeliling pada setiap kemusykilan berkenaan situasi semasa mengandung ni. Banyak sebenarnya yang aku perlu ambil tahu untuk kesihatan aku dan jugak kandungan. Tp, reference utama adalah Mak aku sendiri.. Mak aku agak tradisional.Segala petua yang dia amalkan semasa mengandungkan kami adik beradik semuanya dikongsikan pada aku..sekurang2 nya takde la aku  panik menghadapi semua situasi ni untuk pertama kali.
 
Berkenaan scan baby ni..mak aku selalu pesan, jangan kerap sangat buat scan tu..tak elok untuk bayi..Masa terbaik untuk buat scan baby ni, masa kandungan dah genap 6bulan atau lebih...So ..buat masa sekarang aku belum bersedia untuk scan kandungan ni. Even kawan2 yang mengandung cerita yg best2 bila kite buat scan ni...betapa hepinye dorg dpt tengok isi dalam perut tu..bile nampak si kecil tu..hm...
p/s: takpe baby..mak boleh tunggu.mak akan bersabar untuk kamu yea.demi kesihatan kamu.Insya Allah.. 

Wednesday, May 4, 2011

16 weeks pregnancy

Posted by Husna Zainal at 1:35 AM 3 comments
Ni gambar masa 16 weeks pregnant. Untuk makluman semua perut itu kelihatan besar sebab tengah duduk.Kalau berdiri, tak bape nampak sangat..Leh cover lg..Mesti jejaka-jejaka ingat i masih single lagi..hehehe..

Ni la husband kesayangan ku..Masa berkenal2an dulu.Bukan main kurus..Bile dah kawen, dia yang mengandung dulu. Mak ckp husband BUNTING GAJAH..hehehe

P/S: I wish my baby eyebrow serupa macam husband..



Tuesday, May 3, 2011

Suami Yang Membahagiakan..

Posted by Husna Zainal at 12:02 AM 2 comments
Masa-masa mengandung sekarang ni emosi senang sangat terganggu..Senang sangat terasa dengan kata-kata orang sekeliling.Walaupun kata-kata tu sebenarnya tak de pun.So simpan dalam hati je.
Tapi..Kalau terasa dengan suami, boleh merajuk..yg syoknye...husband rajin nak pujuk..kalau merajuk dengan orang lain jangan harap la ek. Sebagai isteri, bukan nak husband tu pujuk dengan hadiah yg mahal2...


Lagi terharu kalau dia baring bersama..cium dahi pastu peluk sepenuh hati pun dah cukup..tak perlukan kata2 keramat pun sbnrnye..hehe

Satu hari tu, aku demam..teruk jugak la.2hari pun still tak kebah lagi.Pening kepala nak memikirkan keadaan rumah, makan pakai husband langsung tak terjaga..
Esoknye, husband buat surprise, dia belikan barang2 dapur.Rupanye dia nak masak kan bubur untuk wife dia ni..huhu...terharu..

Selama ni husband mmg pernah masak kat umah.tapi biasanya dia masak yang simple2 je..Maggi.sardin.nasik.tu jek la yang dia pandai...tak sangka pandai nak masak bubur..rupenye dia dah tanya ngan mak dia.

Akhirnye, Bubur pun siap...husband hidangkan atas katil lagi.gedik kan...hehe. Cukup mengharukan dah.rasa nak menangis pun ade..keke tetapi, yg spoil nye......

Bubur tu manis..... huhuhuhuu sygnye...takleh makan langsung.... 

Ckp kat husband sory sebab syg tak pat makan bubur tu..Tapi thanks banyak2..Syg Abg sangat2..walaupun sebenarnya dah lapar tahap gaban..hehe






Friday, April 22, 2011

Addicted to Baby Stuff

Posted by Husna Zainal at 7:52 PM 0 comments
Semenjak dua menjak ni. Asyik jalan2 kat blogshop yang menjual barangan baby.so ade beberapa benda yang dah termasuk dalam senarai akan dibeli sebab dah berkenan sangat. Mujur ade blogshop, sebab kalau nak harap kan aku jalan2 shopping mall nak g survey barang mmg tak la.memandagkan sebab masa yang tak mencukupi n skrg asyik keletihan je kalau berjalan atau berdiri lame2.

Tatau la benda2 yang aku nak beli ni penting atau tak pada baby nanti..ti aku akan cuba mintak pandangan pada mummy2 yg lain.insya Allah. Antara barangan nye adalah:

1.
ezymesra e-shoppe
comelkan....comelkan....!!!! harga dia dalam RM170. Kalau sape berkenan leh la klik link kat atas tu yea..

2.

stokin ni ni mungkin tak sesuai untuk yg baru lahir...tapi nak beli jugak..sebab baby kan cepat membesar..ti aku tunggu sampai dia besar,habis plak stok stokin yg comel ni...

3.

Yang ni maternity jeans...cantikkan...even perut gemuk still boleh pakai skinny jeans...sebab aku suke pakai jeans..mane nak beli.????


Setakat ni..ni je yang aku baru berkenan...bab bju2 tu tak kisah sangat,,tunggu dia besar sket..setakat baby aku bengkung je..hehehe

Sunday, April 17, 2011

15 weeks pregnancy

Posted by Husna Zainal at 8:47 PM 0 comments
18.04.2011- Isnin
Hari ni genap kandungan aku 15minggu.


Semalam, pertama kali aku dapat rasa degupan jantung dia. tatau nak gambar kan betapa gembira perasaan ni. Sangat-sangat teruja. Husband pun teruja dapat dengar sama..

Memandangkan aku belum buat scan lagi, so benda ni la paling teruja.tatau la perasaan bile dapat tengok Dia dengan mata kepala sendiri.

macam ni.!!!!!!

ihsan dr : google

Cabaran-cabaran yang aku hadapi sepanjang 15minggu mengandung tak la teruk sangat. Aku cume loya dan kadang2 je muntah. Letih2 badan tu perkara biasa.Rasa macam nak tidor je sepanjang hari.tapi memandangkan kerja tak mengizinkan, terpaksa bertungkus lumus bekerja.

Masa 1st time check up HB rendah. So doktor suggest makan IBERET FOLIC. Ubat tu kena beli kat farmasi.sebab klinik tak supply ubat tu. Dalam RM 38 sekotak.

So aku makan la ubat tu, tp badan aku macam takleh terima..Badan aku lemah pastu aku kerap muntah kalau makan ubat tu.so..aku try skip ubat tu dalam masa 2 3 hari..nak tgk keadaan macamana kan. 
Bila aku tak makan ubat tu, sume ok..aku leh makan dengan jaya nye..takde halangan.so nak makan makanan berkhasiat boleh la.takde la asyik muntah kan je..

Setengah bulan sebelum check up ke2 aku tak makan ubat tu langsung..Aku cuba makan ikut senarai makanan yang doktor sediakan.

Syukur Alhamdulillah..check up yg kedua, HB jadi stabil.
Aku n baby syukur alhamdulillah sihat.Skrg aku cume makan vitamin yang klinik sediakan.
B Complex
Acid Folic
Ferromed
Ade lagi satu tak bape ingat.

Bila dah makan ubat2 ni sume turn out ok.cume selera makan bertambah2..takut pulak nanti obesiti.
Huhuuhuh

Check Up selepas ni insya Allah bulan 5..masa tu baby dah 4bulan.tatau la doktor tu nak scan ke tak..
Excited sangat..

sabor...
p/s: buku merah.wajib daftar..event check up nak buat kat private..if tak..ti ade complication masa nak deliver, GH takkan layan...maaf donk

Nothing interesting, just sharing..

Posted by Husna Zainal at 6:01 AM 0 comments
Hello Blogging World.

Let me introduce myself.
My name is Husna Zainal. I am 26.I am already married with my wonderful husband, Zul Amri.
Im also pregnant my first baby

P/S: the most greatest experience in my life.





Our Baby

Lilypie First Birthday tickers
 

I Love Emerald Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea