Tuesday, May 10, 2011

Paceri Terung For Dinner

Posted by Husna Zainal at 8:31 PM
Hey there,
Harini aku nak bercerita pasal makan pulak. sebab lame dah rasanya aku tak memasak. Masa mula2 kawen excited sangat nak tunjuk skill memasak kat husband. Maka rajin la aku google resipi2 ala kampung untuk di masak. Selalunya refer kat MYRESIPI.COM.

Setakat ni yang aku pernah masak kan untuk suami
1. Mi Bandung
2. Masak Lemak Cili Api Ayam/Daging
3. Daging Blackpepper
4. Sambal Ikan Bilis & Kentang
5. Sambal Tumis Sotong
6. Nasi Lemak
7. Ayam Masak Merah
8. Sayur Campur (Ni takyah google pun tak pe)
9. TomYam
10. Bubur Nasik Special.
11. Ikan Masak Kicap
Yang ni semua menu yang baru pertama kali masak. tak penah aku masak kan untuk sesapa.termasuk family aku..Bukan sebab masa aku bujang aku pemalas..tapi sebab mak aku tak suke orang redah territory dia.so aku lepak jek tgk tv masa mak aku masak.

Tapi bila dah start mengandung, aku dah kurang memasak untuk husband. Lagipun husband merungut berat badan dia naik sebab asyik makan jek.makan banyak plak tu..siap bertambah nasik.. Lagi pun kesihatan aku tak mengizinkan.Masa mula2 dulu kerap letih.mungkin perubahan hormon kot.

Tapi semalam, teringin sangat nak makan PACERI. tapi sebenarnya aku lebih suka makan paceri Nenas.Tapi mak aku cakap jgn makan nenas masa mengandung ni.cube elakkan. So aku pun masakla paceri terung. bermodalkan RM 5. Just nak beli santan & terung. Sebab bahan2 lain mmg dah ade dalam dapur.

Akhirnya...

" Sedapla sayang masak ni. Abang tambah nasik boleh.?"

yay! first time kot masak paceri terung ni..Buat masa ni masak untuk husband jek la dulu.Untuk Mentua @orang lain nanti dulu yea..biar aku prektis sebaik mungkin..hahahaha

Nak resipi???  





1 comments:

Post a Comment

Our Baby

Lilypie First Birthday tickers
 

I Love Emerald Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea