Friday, July 13, 2012

Mengandung Lagi?

Posted by Husna Zainal at 9:52 PM 1 comments
Hello mommies.

Macamana mommies buat keputusan untuk mengandung buat kali kedua.?
Mungkin sebab kes 'tereksiden" atau mmg planning nak tambah bilangan anak.?

Sekarang Riaz dah genap 8 bulan. Ada jugak terpikir nak mengandung lagi. Sebab planning nak ade 2orang anak sebelum umur 30tahun. Dan jugak sebenarnya rindu sangat pengalaman sebagai "preggers".

Tapi banyak factor yang tak menyokong perasaan ni.

Firstly, keadaan kewangan seakan tidak mengizinkan buat masa ni. Takut sangat tak dapat memenuhi keperluan baby baru dan jugak Riaz. Tapi rezeki kita tak tahu kan..hmm

Secondly, trauma semasa bersalin dan selepas bersalin kali pertama tak hilang lagi. Dengan pengalaman jahit episiotomy tertanggal.jahit kali kedua.Sampai sekarang rasa ngilu tu mmg takleh dilupakan  Dan jugak pengalaman menjaga Riaz masa dia kuning kat hosp.Setiap malam menangis tgk Riaz kena bogel duduk bawah lampu sepanjang hari. Dan yang pasti anak kedua akan jugak terkena sakit kuning ni. sebab ibu berdarah O mmg possibilities tuk kena kuning.so...kesian sangat bila tgk anak kena ambik darah hari2..sampai lebam biru tangan dia. aduh...mmg dugaan sangat. Takut nya nak menghadapi kali kedua.

Thirdly, cukup kah ilmu agama & ilmu kehidupan untuk mengasuh anak2 nanti. Kadang2 terpikir segala kesilapan dulu. Berdoa semoga tiada anak yang mewarisi perangai2 dulu. Biasala muda2 kan suke memberontak, gaduh2 sikit ngan mak. Skg baru tau perasaan nya bila anak buat camtu ngan kita..hm..

Memandangkan tempoh injection Perancang aku sampai August. sempat lagi nak ambik masa pikir nak sambung ka tak injection tu. Suami tersayang Alhamdulillah buat masa ni menyokong sepenuhnya keputusan isteri dia ni. Yela..teman yang mengandung.bukan nye dia..hihih

Our Baby

Lilypie First Birthday tickers
 

I Love Emerald Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea